malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
2 individu ditahan di himpunan bantah Jawi dibebas hari ini
ADS

Dua individu yang ditahan di himpunan membantah pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular di Brickfields semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Mereka ialah penganjur himpunan K Umagandhan dari kumpulan pendidikan Naan Oru Tamilan dan aktivis pendidikan Cina Tan Boon Tak yang hadir untuk membantu penganjur.

Umagandhan dan Tan dibebaskan kira-kira pukul satu tengah hari tadi.

Pembebasan mereka itu dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim kepada media.

Adun Sungai Pelek Ronnie Liu menjadi penjamin kepada Tan.

Mengulas tentang himpunan itu, Liu berkata timbul salah faham bahawa himpunan itu dibuat untuk mencetuskan masalah.

"Mereka tidak timbulkan masalah. Mereka berunding dengan polis dan menyuraikan hadirin.

"Tan hadir sebagai penterjemah untuk acara itu. Tahu membacakan kenyataan ketika himpunan itu kerana tahu polis memberi kebenaran kepadanya untuk berbuat demikian.

"Saya kata kepada polis, dalam keadaan seperti itu, mereka tidak patut menahan dua individu ini lagi," kata Liu kepada Malaysiakini di ibu pejabat polis Brickfields.

Peguam pihak penganjur Devaneson Ganeson berkata, himpunan tersebut dibuat secara aman dan Umagandhan hanya berada di sana untuk menyuraikan perserta setelah mendapat tahu acara itu tidak dibenarkan pihak berkuasa.

Seorang lagi peguam penganjur, M Dinesh berkata mereka meneruskan himpunan itu kerana pihak berkuasa memberitahu mereka agar tidak mengadakannya pada saat akhir.

"Masalahnya berita tentang himpunan jadi tular. Kami bimbang ada pihak tertentu mahu gunakan (hijack) himpunan itu dan jadikannya kepada hal lain.

"Jadi acara itu hanya ambil masa 15 minit, dan kami suraikan hadirin secara teratur," katanya.

Dinesh berkata penganjur hanya memberi tumpuan terhadap soal pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular, manakala satu lagi himpunan yang dijadual hari ini - tetapi telah dibatalkan - dianjurkan pihak lain.

"Jika ada orang lain yang mahu menyentuh perkara lain, mereka tidak termasuk dalam himpunan (semalam)," katanya lagi.

Dinesh berkata mereka telah berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad pada Khamis lalu

[Baca berita asal]

Lihat Komen