malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib beli hadiah RM3.2 juta untuk isteri PM Qatar - saksi
Diterbitkan:  Aug 23, 2019 5:28 AM
Dikemaskini: 9:12 AM

KES NAJIB | Najib Razak membelanjakan RM3.2 juta di Itali pada Ogos 2014 untuk membeli hadiah kepada bekas perdana menteri Qatar, dakwa pegawai penyiasat SPRM Rosli Hussain.

Perkara itu dibangkitkan ketika pemeriksaan balas dengan peguam Farhan Read yang bertanya Rosli, saksi ke-57 pendakwaan, berkenaan transaksi kad kredit Najib di butik barang kemas mewah Swiss, De Grisogono di Itali.

Rosli berkata, bekas perdana menteri dalam keterangan kepada SPRM mendakwa membuat transaksi RM3.2 juta pada 8 Ogos 2014 untuk membeli hadiah kepada pemimpin sebuah negara.

"Itulah dakwaan beliau," kata Rosli.

Farhan kemudian mengeluarkan dokumen baru, yang merupakan salinan surat penghargaan didakwa daripada isteri perdana menteri Qatar kepada isteri Najib, Rosmah Mansor.

Bagaimanapun Rosli berkata dia tidak pernah melihat surat itu, dan Rosmah juga tidak menyebut perkara itu ketika SPRM mengambil keterangannya sebelum ini.

Farhan: Najib ketika memberi keterangan kepada SPRM, beliau berkata pembelian barang-barang kemas di De Grisogono, Itali menggunakan kad kreditnya adalah untuk tujuan pemberian hadiah kepada pemimpin luar negara?

Rosli: Itu dakwaan dia (Najib).

De Grisogono adalah butik barangan kemas mewah Swiss yang diasaskan di Geneva, Switzerland pada tahun 1993 oleh pakar berlian hitam Itali berasal dari Lubnan, Fawaz Gruosi.

Farhan: Najib ada menerangkan kepada SPRM bahawa hadiah bernilai RM3.2 juta diberikan kepada pemimpin negara luar kerana Malaysia mempunyai hubungan rapat?

Rosli: Ya.

Farhan: Najib ada menyebutkan kepada kamu bahawa hadiah ini untuk diberikan kepada isteri bekas perdana menteri Qatar pada masa itu?

Rosli: Ya, sebegitu.... isteri bekas perdana menteri.

Farhan: Adakah Najib menyatakan beliau menerima surat penghargaaan dari Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie?

Rosli: Saya tidak pernah melihat surat itu.

Perbicaraan kes Najib berkaitan dakwaan salah guna wang bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, masuk hari ke-57 hari ini.

Laporan langsung perbicaraan hari ke-57

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lihat Komen