malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Papua bergolak sebab siswa digelar 'monyet, anjing'
Diterbitkan:  Aug 22, 2019 8:06 PM
Dikemaskini: 2:20 PM
ADS

GLOBAL | Indonesia mengerah lebih 1,000 anggota tentera ke Papua serta menyekat akses Internet di wilayah itu.

Keputusan itu dibuat selepas penunjuk perasaan membakar beberapa bangunan, pasar dan penjara, berikutan layanan tidak sewajarnya terhadap dalam suatu insiden diskriminasi etnik.

Bantahan ganas berlaku di beberapa bandar, termasuk di Timika, Manokwari, Sorong dan Fakfak di Papua sejak Isnin lalu lapor The Guardian.

Polis melepaskan gas pemedih serta tembakan amaran bagi menyuraikan penunjuk perasaan dalam kejadian terbaru yang mencetuskan kemarahan penduduk tempatan dipercayai membabitkan serangan perkauman terhadap pelajar Papua, pada hujung minggu lalu.

The Guardian melaporkan kemarahan penunjuk perasaan tercetus susulan kejadian di Surabaya, Jawa Timur pada hujung minggu lalu berpunca daripada kumpulan-kumpulan nasionalis yang mengejak para mahasiswa Papua dengan perkataan berbaur perkauman, menyebut mereka sebagai "monyet", "babi" dan "anjing."

Pada Sabtu 17 Ogos lalu, pihak berkuasa Indonesia menyerbu asrama sebuah universiti di Surabaya pada Sabtu lalu dan menangkap sekumpulan mahasiswa Papua Barat susulan ketegangan selepas dakwaan bendera Indonesia dicampak ke dalam longkang, lapor The Guardian.

Pasukan keselamatan merempuh masuk ke dalam bangunan asrama universiti di Surabaya dan menggunakan gas pemedih mata di dalam bilik tersebut serta menahan 43 orang pada hujung minggu sambutan ulang tahun hari kemerdekaan republik itu yang ke-74.

Kompas memetik polis Surabaya berkata siswa berkenaan ditahan untuk disoalsiasat mengenai "pemusnahan dan pelupusan" bendera Indonesia, yang telah dikibarkan di luar asrama pelajar.

Mahasiswa berkenaan dibebaskan sekitar tengah malam selepas soal siasat.

Ketua Polis Surabaya, Sandi Nugroho dipetik media Indonesia memberitahu para saksi mendakwa orang yang merosakkan bendera tersebut telah masuk ke dalam asrama pelajar itu.

Laporan bendera yang rosak itu dilaporkan tersebar di media sosial, menarik ramai penduduk ke bangunan asrama itu.

Mereka mengadakan bantahan di luar bangunan asrama pelajar itu pada hari Jumaat dan Sabtu minggu lalu, yang didakwa menjeritkan slogan dan ancaman anti-Papua Barat dan menyanyikan lagu kebangsaan Indonesia.

Peguam hak asasi manusia Indonesia, Veronica Koman pada kicauan Twitter di malam kejadian menulis: "Ini laungan orang ramai sepanjang malam: “usir, usir Papua! Usir Papua sekarang juga!”

 

Lihat Komen