malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Israel serang Gaza
Diterbitkan:  Aug 22, 2019 3:37 PM
Dikemaskini: 7:37 AM
ADS

GLOBAL | Pesawat tempur Israel melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza pada Khamis pagi sebagai tindak balas terhadap bedilan roket yang dilancarkan wilayah Palestin, lapor agensi berita Anadolu memetik sumber tentera.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Avichay Adraee berkata serangan itu menyasarkan kedudukan Hamas di seluruh kawasan yang dikepung.

"Serangan itu sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan dari Gaza pada Rabu malam," kata Adraee.

Menurut seorang saksi, pesawat perang Israel menyasarkan sebuah kawasan Briged Ezzedine al-Qassam, sayap tentera Hamas di barat Semenanjung Gaza.

Tiada laporan sebarang kecederaan atau kematian setakat ini.

-Bernama

Lihat Komen