malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jadi menteri? Tok Pa cuma senyum dan ketawa, kata pembantu
ADS

Pembantu politik kepada anggota parlimen Jeli, Syed Azidi Syed Abd Aziz, menyatakan bosnya - Mustapa Mohamed - hanya senyum dan ketawa apabila ditanya mengenai khabar angin akan kembali ke kabinet kerajaan persekutuan.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Syed Azidi berkata pelantikan anggota kabinet hak adalah mutlak perdana menteri.

"Kita serah kepada perdana menteri sepenuhnya.

"Di pihak Tok Pa (Mustapa) sendiri, ambo (saya) tidak pernah dengar dia kecek (cakap) pasal perkara ini.

"Kalau ada orang tanya pun, Tok Pa sekadar senyum dan ketawa," kata Syed Azidi ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Beberapa laporan media mendakwa rombakan Dr Mahathir Mohamad dijangka akan mengumumkan rombakan kabinet dalam tempoh terdekat.

Dua akhbar berbahasa Cina - Oriental Daily dan Sin Chew Daily - mendakwa dalam rombakan itu Mustapa akan dibawa menyertai kabinet PH.

PM miliki kebijaksanaan

Oriental Daily mendakwa tindakan itu akan diambil memandangkan kabinet PH memerlukan anggota berpengalaman.

Untuk rekod sebelum ini Mustapa ialah antara pemimpin kanan dalam Umno dan pernah dicadangkan untuk bertanding mengisi kekosongan jawatan presiden parti itu yang dikosongkan Najib Razak.


Baca Umno saman 3 bekas pemimpin


Mustapa meninggalkan Umno ketika parti itu dibawa mengakrabi PAS - parti politik yang berseteru dengan Umno selama beberapa dekad - baru-baru ini.

Anggota parlimen Jeli itu pernah dilantik mengetuai Umno Kelantan dalam misi mereka merampas negeri terbabit daripada PAS.

Syed Azidi berkata, dalam keadaan sekarang pihaknya sendiri tidak tahu apa keperluan sebenar perdana menteri dalam perkara tersebut.

"Perdana menteri lebih tahu dan beliau mempunyai kebijaksanaan untuk menguruskannya.

"Ambo yakin, apa pun keputusan perdana menteri, ia adalah yang difikirkannya terbaik untuk rakyat dan Malaysia. Itu sahaja," katanya.

Lihat Komen