Pengiklanan

    Tiada bukti afidavit AG ganggu inkues Adib, kata peguam

    (Dikemaskini )

    Permohonan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim untuk merujuk Peguam Negara Tommy Thomas kepada prosidin komital - atas dakwaan campur tangan dalam inkuse dan menghina mahkamah tidak lengkap, kata Peguam Kanan Persekutuan S Narkunavathy.

    "Mereka kata bahawa peguam negara mengganggu inkues. Tapi, mereka tidak menunjukkan bagaimana.

    "Kami nak tahu bagaimana afidavit (peguam negara) itu mengganggu prosiding tersebut dan menindas Syazlin (Mansor) daripada mewakili keluarga," kata Narkunavathy yang mewakili Thomas, kepada pemberita di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

    “Tiada maklumat lengkap. Mereka sepatutnya memberikan maklumat terperinci pendirian mereka berkenaan afidavit peguam negara yang didakwa menggangu prosiding inkues Adib,” katanya lagi.

    Beliau mengulas permohonan ex parte keluarga Adib yang mahu Thomas memohon maaf kerana didakwa campur tangan dan menghina prosiding inkues untuk menentukan punca kematian anggota bomba itu.

    Perbicaran permohonan itu diadakan di depan koroner Rofiah Mohamad.

    Terdahulu peguam Hanif Katri Abdulla mewakili keluarga Adib mengatakan bahawa affidavit peguam negara menyebut Adib meninggal dunia bukan disebabkan kecederaan akibat serangan jelas menggangu prosiding inkues.

    Afidavit tersebut menyebut meninggal dunia bukan disebabkan kecederaan akibat serangan, yang menurut peguam keluarga Adib, Haniff Khatri Abdulla sebagai jelas menggangu inkues.

    Rofiah berkata mahkamah akan membuat keputusan terhadap permohonan itu pada 27 Ogos ini.

    Dakwaan menghina mahkamah pula berkenaan kenyataan Thomas berkenaan pendirian peguam keluarga Adib, Syazlin Mansor yang sebelum ini turut mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat, yang bercanggah daripada kedudukan yang diambil oleh Timbalan Pendakwa Raya.

    "Dengan membuat keputusan bahawa Adib meninggal dunia bukan kerana diserang... Ia akan menutup minda anda daripada prosiding inkues," katanya.

    Adib, anggota Jabatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah semasa rusuhan sekitar Kuil Seafield di Subang Jaya pada 27 November tahun lepas.

    Beliau meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih