malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Biar pihak berkuasa tangani isu PR Zakir Naik, kata PKR
Diterbitkan:  Aug 21, 2019 8:53 PM
Dikemaskini: 12:53 PM
ADS

Isu status penduduk tetap (PR) Dr Zakir Naik perlu diserahkan kepada pihak berkuasa mengikut undang-undang hukum dan isu kemanusiaan, kata PKR.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini PKR berkata semua pihak perlu menangani isu itu dengan tetap menghormati sensitiviti semua kaum di negara ini.

"Kenyataan seperti menghina tentera baru-baru ini tidak harus diulangi," kata kenyataan dibuat Biro Politik PKR.

Zakir - yang mendapat status PR daripada kerajaan BN pada 2012 - menimbulkan kemarahan sesetengah rakyat negara ini apabila menyifatkan warganegara Malaysia daripada kaum Cina sebagai "tetamu lama" di Malaysia.

Zakir juga mendakwa ada segelintir penganut Hindu di negara ini memberikan ketaaan kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, kerana mendesak Putrajaya menghantarnya kembali ke negara asal.

Zakir berkata demikian sebagai respons balas atas gesaan pengkritiknya supaya beliau keluar dari negara ini.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan menarik balik status penduduk tetap (PR) Dr Zakir Naik sekiranya siasatan polis mendapati pendakwah kontroversi itu melakukan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara.

Lihat Komen