malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Polis siasat punca maklumat berklasifikasi rahsia bocor di WhatsApp
ADS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebocoran satu maklumat rasmi berklasifikasi 'rahsia' yang dikongsi dan disebar melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Asmawati Ahmad, berkata siasatan berhubung perkara itu dibuat mengikut Seksyen 203A (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 203A (2).

"Polis telah mengesan satu maklumat rasmi berklasifikasi 'rahsia' yang dikongsi dan disebar melalui rangkaian WhatsApp oleh pihak tertentu.

"Sehubungan itu, mana-mana pihak yang ada dalam milikannya apa jua maklumat terkelas yang diterima dari mana-mana pihak melalui apa jua cara hendaklah tidak berkongsi atau menyebarkannnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta individu yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan bagi mengenal pasti punca kebocoran maklumat itu.

Lihat Komen