malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kabinet setuju cadangan perkenal teksi motosikal
ADS

Kabinet hari ini secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan perkhidmatan teksi motosikal yang dikemukakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof, kabinet meminta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan untuk menjalankan kajian lanjut berhubung pelaksanaannya, termasuk aspek peraturan dan pengambilan pekerja.

“(Teksi motosikal seperti) Gojek bagus untuk pembangunan belia. Sudah pasti kabinet menyokongnya,” katanya kepada Malaysiakini.

“Secara prinsipnya, kita telah bersetuju (cadangan perkhidmatan teksi motosikal).

“Bagaimanapun, kedua-dua kementerian perlu mengkaji dengan lebih terperinci bagaimana industri ini hendak dikawal selia bagi menyediakan pekerjaan kepada golongan belia,” katanya.

Isnin lalu, Syed Saddiq memaklumkan kepada media berhubung perjumpaan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan pengasas syarikat teksi motosikal Indonesia, Gojek yang turut disertai Syed Saddiq dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Pentadbiran terdahulu tidak bersetuju perkhidmatan teksi motosikal dengan memberi alasan faktor keselamatan.

Syed Saddiq sebelum ini berkata dia akan mencadangkan perkhidmatan teksi motosikal dalam mesyuarat kabinet bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada belia.

Katanya, membenarkan ‘mat motor’ terlibat dalam industri e-hailing adalah lebih baik daripada membiarkan mereka menjadi ‘mat rempit’.

Loke turut berkata kementeriannya terbuka terhadap cadangan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen