malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pusat tuisyen didakwa seleweng dana RM66j dalam radar SPRM
ADS

Sebuah pusat tuisyen yang terkenal dalam kalangan masyarakat India didakwa sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dana RM66.8 juta.

Menurut sumber, siasatan itu dijalankan selepas pusat tuisyen terbabit dicurigai menyalahgunakan dana yang diberkan untuk pelajar sekolah Tamil sejak 2008 hingga 2017.

Kata sumber SPRM itu, dua pengarah pusat tuisyen berkenaan turut sedang disiasat.

"Saya boleh sahkan bahawa SPRM menerima laporan salah guna dana kerajaan berjumlah RM66.8 juta oleh organisasi tersebut.

"Kami menerima laporan berkenaan pada 8 Julai lalu dan perkara ini masih dalam siasatan," katanya kepada Malaysiakini.

Sumber itu juga mendakwa aduan mengenai organisasi tersebut turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad selain beberapa menteri termasuk Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy.

Tidak ketinggalan beberapa pegawai kanan kerajaan termasuk Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador.

Laporan tersebut yang dilihat Malaysiakini mendakwa kedua-dua pengarah organisasi berkenaan menyelewengkan dana tersebut untuk kegunaan peribadi termasuk memulakan perniagaan.

Lihat Komen