malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isu Lynas: Anwar gesa lebih banyak pintu rundingan
ADS

Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa lebih banyak rundingan dan kajian mengenai keputusan kerajaan baru-baru ini untuk melanjutkan lesen operasi kilang nadir bumi, Lynas selama enam bulan di Kuantan.

"Saya menyokong usaha untuk mendekati kerajaan agar menyemak semula terhadap keputusan itu.

"Tetapi saya fikir ia perlu dilakukan secara baik melalui rundingan yang berkesan dan bermakna," katanya ketika ditanya dalam sidang akhbar di Cheras petang ini.

Anwar turut bersetuju ketika ditanya sama ada beliau percaya tiga syarat yang dikenakan ke atas syarikat nadir bumi dari Australia itu boleh ditambah baik.

"Saya percaya kita boleh.

"Mereka perlu benarkan (dan) buka kepada rundingan untuk terus berlaku," katanya.

Minggu lalu, kerajaan bersetuju membenarkan Lynas meneruskan operasi kilang pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan selama enam bulan lagi selepas tarikh lesen mereka tamat pada Sept.

Kerajaan juga meletakkan beberapa syarat agar kilang itu 'mengekang' pengeluaran sisa radioaktif dalam masa empat tahun.

Selain itu Lynas juga perlu menamatkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usahanya untuk mengkomersialkan residu Water Leach Purification (WLP) kepada baja pertanian, Condisoil.

Sebanyak 0.5 peratus daripada jualan kasar setiap tahun yang ditetapkan untuk usaha R&D sebelum ini perlu dikemukakan kepada kerajaan sebagai cagaran tambahan sehinggalah kemudahan 'cracking dan leaching' di luar negara mula beroperasi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen