malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Pekerja diberitahu Utusan henti cetak akhbar Rabu ini'
ADS

Utusan Melayu (M) Berhad akan berhenti mencetak dua akhbarnya Utusan Malaysia dan Kosmo! mulai Rabu ini ke satu tarikh yang tidak didedahkan, dakwa beberapa pekerjanya.

Pengerusi Pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan Mohd Taufek Abdul Razak memberitahu Malaysiakini keputusan itu diberitahu secara lisan kepada beberapa pekerjanya hari ini.

“Kami akan bekerja hari terakhir Rabu ini.

“Lepas itu kita tutup, tak ada operasi lagi,” katanya yang juga pengerusi NUJ pusat.

Mohd Taufek Abdul Razak 

Sekumpulan pekerja Utusan hari ini berpiket menuntut gaji mereka yang didakwa tidak dibayar selama tiga bulan.

Nasib Utusan berubah selepas Umno dan BN kecundang dalam pilihan raya umum lalu di tangan Pakatan Harapan.

Setakat laporan ini ditulis, Utusan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan status operasi mereka.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Pengerusi Utusan Abd Aziz Sheikh Fadzir bagi mendapatkan maklum balas beliau.

Sementara itu, menurut sumber-sumber, pekerja Utusan juga dimaklumkan bahawa edisi atas talian Utusan dan Kosmo! akan diteruskan.

Difahamkan edisi cetak pula ditangguhkan sementara perbincangan dengan pelabur baru berjalan,

Perkara itu dikatakan dimaklumkan kepada wakil Utusan dan Kosmo! dalam pertemuan dengan Aziz di Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya pagi ini.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen