Pengiklanan

    'Ahli politik Umno khianati kepercayaan pekerja Utusan'

    (Dikemaskini )

    Tokoh kesatuan pekerja hari ini mengecam ahli politik Umno yang disifatkan tidak mengendahkan nasib kakitangan Utusan Malaysia walaupun mendapat manfaat dari liputan akhbar harian itu sejak penubuhannya.

    Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J Solomon berkata pengurusan Utusan yang diketuai oleh bekas anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu Abdul Aziz Sheikh Fadzir mesti bertanggungjawab menyelesaikan pembayaran gaji yang tertunggak sejak tiga bulan yang lalu.

    "Tidak ada usaha yang mencukupi diambil oleh pengurusan Utusan Malaysia untuk mencari penyelesaian sehingga kini," kata Solomon yang hadir ketika piket bersama kira-kira 100 kakitangan dan bekas kakitangan Utusan Malaysia di luar ibu pejabat akhbar harian itu di Kuala Lumpur petang ini.

    "Malang apabila kakitangan Utusan Malaysia telah bekerja untuk ahli-ahli politik ini selama hampir 80 tahun. Dalam tempoh 80 tahun itu, mereka telah menjadikan ramai ahli politik kaya, mereka telah melindungi banyak ahli politik dalam kedudukan mereka.

    "Tetapi dalam satu tahun terakhir, ahli-ahli politik itu kini mengkhianati kepercayaan para pekerja yang telah diambil oleh kakitangan Utusan untuk kesejahteraan para ahli politik itu," kata Solomon.

    Solomon turut berkata bahawa percubaan Utusan untuk mendapatkan dana dengan menjual aset setakat ini tidak berjaya.

    "Kami sangat sukar untuk mempercayai cerita itu (bahawa Utusan tidak mempunyai wang) kerana mereka mempunyai harta, dan mereka sebenarnya boleh menjual beberapa hartanah.

    "Sekalipun mereka tidak boleh menjual hartanah, mereka mesti mencari jalan untuk menyewa hartanah," tegasnya.

    "Sekurang-kurangnya bayar gaji pekerja yang terlibat, kerana cadangan untuk menjual hartanah telah disampaikan oleh pihak pengurusan kepada kesatuan untuk satu tahun terakhir.

    "Oleh itu, anda tidak boleh mengatakan bahawa anda mempunyai kesukaran menjual pelbagai hartanah dalam tempoh satu tahun yang lalu," kata Solomon yang juga menggesa pihak pengurusan Utusan merombak lembaga pengarang sebagai cara untuk memulihkan keyakinan orang ramai.

    Solomon juga menegaskan bahawa wartawan Utusan Malaysia tidak sepatutnya dipersalahkan kerana keadaan mereka ketika ini, mereka hanya menerima arahan daripada lembaga pengarang yang dikawal oleh ahli politik.

    Turut hadir semasa piket yang diketuai oleh Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) cawangan Utusan ialah Setiausaha Agung Exco Pusat NUJ Chin Sung Chiew yang mengucapkan tahniah kepada kakitangan akhbar itu atas semangat mereka untuk memperjuangkan hak mereka.

    Dalam piket hari ini, beberapa kakitangan Utusan turut didengar menggesa lebih ramai rakan sekerja mereka tampil menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan.

    Piket itu berlangsung selama satu jam dan berakhir pada jam 2 petang dengan semua kakitangan kembalik mejalankan tugas mereka.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih