malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nenek Cina juga rakyat Malaysia seperti saya - Permaisuri Johor
Diterbitkan:  Aug 19, 2019 1:54 PM
Dikemaskini: 6:00 AM
ADS

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah memberi penghormatan kepada nenda belah ayahandanya dalam satu hantaran di Facebook bertajuk "Cinta tidak melihat warna."

"Satu perkara yang saya pasti, adalah bahawa nenda saya adalah rakyat Malaysia seperti saya sendiri. 

"Saya juga tahu bahawa anak-anak saya - walau dengan darah campuran - mereka juga rakyat Malaysia seperti saya," katanya.

Catatan Raja Zarith itu susulan ulang tahun ke-60 baginda, dengan putera sulungnya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menghadiahkan kepadanya gambar tiga cahaya matanya.

"Ini adalah kenangan indah bahawa saya kini seorang nenek kepada tiga cucu! Alhamdulillah, saya diberkati! Gambar-gambar itu dipaparkan di rak saya, bersama ramai lagi keluarga saya.

"Salah satu gambar itu termasuk gambar Tunku Mahkota (Tunku Ismail) semasa sebagai bayi, yang dalam pelukan nenda belah bonda saya. 

"Dia seorang Cina Peranakan. Mendiang abangnya ialah Tan Sri Chang Min Tat, hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, "katanya.

Hantaran Raja Permaisuri Johor itu dibuat selepas kenyataan kontroversi pendakwah kelahiran India, Dr Zakir Naik yang membuat kenyataan mengenai orang Cina di negara ini.

 

Lihat Komen