Pengiklanan

    Anwar tegur Hassan: Hormati konsensus PH tentang jawatan PM

    (Dikemaskini )

    Presiden PKR Anwar Ibrahim menegur Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim supaya menghormati konsensus PH mengenai kedudukan jawatan perdana menteri dan peralihan kuasa yang telah dipersetujui bersama.

    Kenyataan Anwar hari ini dibuat sebagai maklum balasnya terhadap bekas pengerusi PKR Johor itu yang menggesa Dr Mahathir Mohamad berundur daripada jawatan perdana menteri.

    "Nasihat kami adalah hormati persetujuan bersama PH untuk menyokong Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar sebagai perdana menteri seterusnya."

    "Perkara ini tetap menjadi konsensus," kata Anwar kepada pemberita selepas menyampaikan ucapannya di Konvensyen Motivator Profesional Nasional di Shah Alam.

    Anwar berkata terdapat juga usaha untuk mensabotaj pelan peralihan kuasa walaupun tidak ada lagi yang berjaya membatalkan konsensus itu.

    "Saya fikir, bagi saya, Mahathir, para pemimpin PH tidak ada yang berubah.

    "Jadi, nasihat saya elakkan diri daripada membuat kenyataan seperti ini," katanya.

    Terdahulu hari ini, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menempelak kenyataan Hassan Abdul Karim yang mengesyorkan agar Dr Mahathir mengambil langkah berundur.

    Katanya, Hassan perlu menumpukan perhatian terhadap agenda pembangunan kawasannya.

    Pada Rabu lalu, MP PKR itu membuat desakan itu rentetan pelbagai polemik yang ketika ini.

    Hassan mendakwa, Dr Mahathir kini seolah hilang punca untuk berdepan dengan pelbagai isu terutamanya untuk mengendalikan isu tiga R iaitu isu kaum (race), agama (religion) dan raja (royalty).

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih