malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM bakal saksikan perubahaan, Azam Baki dilaporkan sakit
ADS

Perubahan dijangka disaksikan dalam kepimpinan tertinggi SPRM susulan cuti sakit Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Azam Baki.

Azam, 56, dimasukkan ke Hospital Putrajaya bulan lalu.

Beberapa hari selepas dibenarkan pulang, pegawai kanan itu dilaporkan pengsan dan dikejarkan ke unit rawatan rapi.

"Apa yang kita tahu ialah dia menghadapi masalah kegagalan buah pinggang," kata seorang sumber yang enggan namanya disebutkan.

Semakan Malaysiakini dengan hospital mendapati Azam, yang menyelia bahagian penting dalam SPRM, termasuk risikan dan siasatan, telah dibenarkan keluar hari ini.

Memandangkan keadaan kesihatannya, sumber berkata SPRM berkemungkinan besar akan melantik seorang pemangku timbalan ketua pesuruhjaya untuk menyelia perkara-perkara berkaitan operasi.

Walau bagaimanapun, belum ada sebanrang nama dikemukakan untuk jawatan tersebut setakat ini.

Malaysiakini telah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya untuk mendapatkan ulasannya tetapi dia enggan mengulas.

Untuk rekod, jawatan timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) dianggap sebagai yang paling penting dalam SPRM.

Selain mengawasi bahagian siasatan dan risikann, individu itu juga bertanggungjawab ke atas bahagian operasi khas SPRM, bahagian mencegah pengubahan wang, bahagian forensik, serta operasi pejabat SPRM di negeri-negeri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen