malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lim: Gobind, Kula bukan sekadar 'menteri India'
Diterbitkan:  Aug 15, 2019 12:34 PM
Dikemaskini: 4:35 AM
ADS

Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mempertahankan partinya berhubung persepsi bahawa kebimbangan terhadap Dr Zakir Naik diserahkan semata-mata kepada menteri-menteri India untuk ditimbilkan semasa mesyuarat jemaah menteri, semalam.

Sambil menafikan dakwaan itu, ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata pendirian yang diambil Gobind Singh Deo dan M Kulasegaran mendapat persetujuan oleh semua enam anggota DAP yang berada di dalam kabinet.

"Pertama, Gobind dan Kula berada di kabinet bukan sebagai 'menteri India' tetapi sebagai 'menteri Malaysia'.

"Kedua, isu Zakir bukan diserahkan kepada Gobind dan Kula untuk diselesaikan tetapi juga menjadi kebimbangan enam menteri DAP yang di bawah kepimpinan Setiausaha Agung DAP dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Mereka berbincang dan bersependapat tentang isu itu sebelum mesyuarat kabinet semalam.

"Ketiga, kabinet tidak membuat keputusan mengenai kebimbangannya kerana serangan Zakir ke atas masyarakat Cina di Malaysia, kerana laporan Malaysiakini mengenai serangan Zakir itu hanya disiarkan selepas mesyuarat kabinet," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, ini.Gobind dan Kulasegaran memaklumkan dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka telah membangkitkan isu kehadiran Zakir di Malaysia dan kontroversi mengenainya semasa mesyuarat kabinet.

Menurut mereka, pendirian DAP adalah Zakir tidak seharusnya lagi dibenarkan untuk menetap di Malaysia dan Perdana Menteri Dr Mahatahir Mohamad telah mengambil kira kebimbangan itu.

Selain daripada Guan Eng (Kewangan), Gobind (Komunikasi dan Multimedia) dan Kulasegaran (Sumber Manusia), pemimpin DAP lain yang memegang portfolio menteri adalah Anthony Loke (Pengangkutan), Yeo Bee Yin (Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar) Teresa Kok (Industri Utama).

Secara kebetulan, Guan Eng juga adalah anak Lim.

Menteri-menteri lain yang juga bersetuju supaya Zakir diusir ialah Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen