Pengiklanan

    Dr M ulangi Zakir Naik tak akan diusir


    (Dikemaskini )

    Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kenyataannya bahawa Dr Zakir Naik tidak akan diusir keluar dari Malaysia di sebalik desakan daripada anggota jemaah menteri supaya pendakwah Islam kontroversial itu  diekstradisi ke India.

    Walau bagaimanapun, Mahathir berkata Malaysia mengalu-alukan jika ada mana-mana negara lain yang sanggup menerima Zakir.

    "Masalah yang kita hadapi ialah kita tidak boleh menghantarnya kembali (ke India) kerana ada risiko dia dibunuh, jadi dia kekal di sini (di Malaysia).

    "Tetapi, jika ada negara lain yang mahu ambilnya, kami (akan) galu-alukan," kata Mahathir pada sidang akhbar selepas menghadiri ulang tahun ke-21 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

    Zakir menjadi sasaran selepas mendakwa bahawa penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Perdana Menteri India Narendra Modi daripada Dr Mahathir.

    Terdahulu hari ini, Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran mendesak supaya tindakan diambil ke atas Zakir kerana "mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu di Malaysia".

    Apabila ditanya sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Zakir bahawa penganut Hindu di negara ini lebih setia kepada Modi berbanding dirinya, Mahathir berkata beliau tidak tahu.

    "Kamu tanya merekalah... Mana saya tahu?" katanya.

    [Baca berita penuh]

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Laporan Berkaitan

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih