Pengiklanan

    Polis sahkan penemuan mayat perempuan semasa cari Nora Anne

    (Dikemaskini )

    Polis mengesahkan penemuan satu mayat perempuan berkulit putih dalam keadaan masih sempurna lebih kurang dua kilometer dari lokasi gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, menginap di resort The Dusun di Nilai, Negeri Sembilan, kata laporan media tempatan.

    Sinar Harian memetik Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat itu jam lebih kurang 1.57 tengah hari tadi.

    "Pasukan polis bergegas ke lokasi dan nyata terdapat satu mayat perempuan namun belum dapat disahkan mayat itu milik siapa.

    "Ketika ini pasukan Forensik dan Jabatan Patologi sedang membuat pengesahan mayat itu milik Nora Anne Quoirin ataupun sebaliknya," katanya.

    Menurut Sinar Harian pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kelihatan bergegas ke lokasi penginapan gadis Ireland yang hilang sejak 4 Ogos, Nora Anne Quoirin, 15 di The Dusun Hill ketika ini selepas polis menjumpai satu mayat.

    Keluarga gadis itu dilihat memasuki temoat kejadian dengan menaiki sebuah kereta sekitar jam 4.15 petang tadi.

    Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.

    Remaja itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di resort itu.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih