malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Yuran kolej kediaman pelajar diploma akan diteruskan- UiTM
Diterbitkan:  Aug 13, 2019 5:51 PM
Dikemaskini: 9:51 AM
ADS

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan keputusan caj bayaran kolej kediaman bagi pelajar diploma dan pra-diploma akan dilaksanakan bermula semester September 2019.

Naib Canselor UiTM Dr Mohd Azraai Kassim berkata, perbincangan serta kajian terperinci untuk mengenakan caj kepada pelajar diploma mula dibuat sejak tahun 2014 lagi.

“Caj bayaran kolej kediaman di dalam kampus bagi pelajar ijazah sarjana muda telah mula diperkenalkan semenjak Disember 2005 lagi.

“Lanjutan daripada itu, perbincangan serta kajian terperinci untuk mengenakan caj kepada pelajar diploma telah mula dibuat sejak tahun 2014,” katanya menerusi kenyataan media pagi tadi.

Azraai Kassim 

Bekas perdana menteri Najib Razak semalam membangkitkan persoalan berkaitan memo berkenaan kadar caj bilik bagi pelajar diploma universiti tersebut.

“Ada pelajar UiTM yang mengikuti Facebook hantar kepada saya? Adakah memo ini benar?

“Seingat saya selama ini pelajar diploma bilik dapat free cuma bayar caj utiliti RM20 setiap semester,” kata Najib menerusi akaun Facebook.

Sementara itu, pihak UiTM turut sedar akan segelintir pelajar UiTM yang terdiri dari keluarga kurang berkemampuan.

“Pihak universiti maklum bahawa terdapat segelintir pelajar UiTM yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan.

“Oleh yang demikian, terdapat beberapa kelompok pelajar yang telah dikenal pasti dan akan diberikan pengecualian bayaran.

Tambah UiTM, pelajar daripada keluarga yang berpendapatan sebulan bawah RM2,500, pelajar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan pelajar sukan yang mewakili negara dan diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan antara yang dikecualikan dalam pembayaran caj bilik tersebut.

Lihat Komen