malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Henti spekulasi kes maut akibat gaduh di lebuh raya'
Diterbitkan:  Aug 11, 2019 6:48 PM
Dikemaskini: 10:48 AM
ADS

Wanita Umno menasihati masyarakat agar berhenti membuat spekulasi berkenaan kes kematian seorang lelaki di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban semalam.

Ketuanya Noraini Ahmad berkata tindakan sedemikian boleh menyentuh sensitiviti keluarga mangsa.

"Serahkan sepenuhnya kes ini kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

"Saya berharap pihak berkuasa khususnya polis akan melakukan siasatan terperinci terhadap kes berkenaan dan mengambil tindakan yang adil dan tegas terhadap mereka yang bersalah," katanya yang juga anggota parlimen Parit Sulong, dalam kenyataan hari ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 1.40 tengah hari semalam di Kilometer 239 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, berhampiran susur Bandar Baru Bangi.

Polis berkata punca kematian lelaki berusia 29 tahun itu ialah pergelutan yang berpunca daripada kemalangan jalan raya.

Menurut Ketua Jabatan Siatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, pasangan suami isteri yang ditahan berhubung kes tersebut telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Beliau juga berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lihat Komen