malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib kata LHDN cukaikan derma RM1.69 bilion dari Timur Tengah
ADS

Najib Razak mendakwa beliau akan mendapat keputusan positif dalam rayuan berhubung penilaian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.69 bilion kerana ia sebahagian besarnya datang sebagai derma dari Timur Tengah.

Ini antara alasan yang disebut oleh bekas perdana menteri dalam afidavit sokongan bagi permohonannya untuk menangguhkan prosiding tuntutan cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion oleh LHDN.

Permohonan tetap dan afidavit sokongan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Menurut afidavit yang dilihat Malaysiakini, bekas menteri kewangan itu mendakwa berlaku kesilapan dalam pengiraan cukai oleh kerajaan yang akan memihak kepada rayuannya terhadap LHDN.

"Saya telah dinasihatkan oleh peguamcara saya dan seseungguhnya percaya bahawa rayuan-rayuan saya di Jabatan Resolusi Pertikaian dan /or Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan akan mendapat keputusan yang positif kerana plaintif telah terkhilaf dalam pengiraan cukai mereka yang mencapai suatu jumlah besar sebanyak RM1,692,872,924.83 cukai yang perlu dibayar kerana dana tersebut adalah pengiraan yang diperolehi daripada derma dan bukan dalam erti "pendapatan" sebagaimana yang telah didefinisikan di bawah Seksyen 3 atau 4 Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Ini adalah penting untuk diambil maklum bahawa saya telah menyatakan secara teliti bahawa dalam pengetahuan saya, dana-dana yang telah didepositkan ke dalam akaun AmBank saya adalah wang derma dan bukannya pendapatan.

"Saya juga ingin menyatakan bahawa sejumlah besar taksiran-taksiran yang dibangkitkan kepada saya adalah deposit dalam akaun saya, yang boleh dikesan secara langsung sebagai derma dari Timur Tengah," katanya.

Bekas pengerusi BN itu berkata kerajaan telah melakukan kesilapan apabila mengambil kira keseluruhan pendapatan beliau yang tidak diisytiharkan bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017 sebanyak RM3,889,427,867 berdasarkan alasan-alasan berikut:

a. Terdapat pengembalian derma yang diterima berjumlah RM2,034,350,000 tidak diambil kira.

b. Pemindahan dana-dana antara akaun berjumlah RM251,133,116 telah dianggap sebagai pendapatan pendua (duplicate income)

c. Bahawa jumlah bersih derma yang telah diterima dan dibayar sepenuhnya adalah RM1,344,602,070.

d. Bahawa dividen yang telah diterima daripada AmBank as 'Hibah" berjumlah RM25,045,793 telah digunakan untuk tujuan-tujuan politik dan tanggungjawab sosial korporat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen