malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Kerajaan umum Dream Edge terajui kereta nasional ketiga
ADS

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa syarikat kejuruteraan milik bumiputera, Dream Edge Sdn Bhd, akan menjadi syarikat peneraju yang bertanggungjawab membangunkan kereta nasional ketiga.

Pada sidang akhbar di Cyberjaya hari ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking berkata model pertama kereta kebangsaan ketiga itu akan mengambil masa 18 bulan untuk dibina dan akan dilancarkan pada Mac 2021.

Beliau juga mengumumkan bahawa Daihatsu Motor Co Ltd bersetuju memberikan sokongan untuk pembuatan kereta berkenaan, tetapi menyatakan bahawa pengeluar kereta Jepun itu tidak akan memegang sebarang kepentingan dalam projek berkenaan.

Leiking juga mengulangi bahawa kerajaan tidak akan memperuntukkan sebarang dana untuk pembangunan kereta nasional ketiga itu.

Ditubuhkan pada Mac 2007, Dream Edge yang berpusat di Cyberjaya menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang berkaitan dengan industri kereta, kereta api, laut, tenaga, aeronautik dan pembuatan.

Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Dream Edge Khairil Adri Adnan berkata syarikat itu akan membangun segmen sedan C sebagai kereta pertamanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen