malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dakwa Ramasamy rasis dan ektremis, Pemuda Bersatu desaknya letak jawatan
Diterbitkan:  Aug 7, 2019 1:23 PM
Dikemaskini: 5:23 AM
ADS

Sayap Pemuda Bersatu (Armada) Pulau Pinang, hari ini membidas Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP, P Ramasamy berhubung pandangannya yang mengkritik pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu di sekolah Cina dan Tamil.

Dalam satu kenyataan hari ini, Armada berkata, Ramasamy sebagai timbalan ketua menteri II yang juga merangkap exco pendidikan Pulau Pinang seharusnya menyokong langkah serta inisiatif kementerian pendidikan dalam memartabatkan warisan bahasa Melayu.

“Kenyataan Ramasamy bukan sahaja membidas langkah baik kementerian yang dipimpin oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, malah turut mempunyai niat untuk mengkritik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Ramasamy dinasihatkan untuk tidak menjadi api dalam serkam serta gunting dalam lipatan terhadap hasrat murni kerajaan dalam membina identiti nasional yang berakar jati pribumi,” kata sayap Pemuda Bersatu itu.

Menurut mereka Ramasamy lebih cenderung untuk mempromosikan elemen-elemen rasis dan ekstremis yang tidak seharusnya ditonjolkan oleh seseorang pemimpin, apatah lagi menggalas jawatan exco yang bertanggungjawab terhadaap portfolio pendidikan.

“Tindakan Ramasamy yang sering bersifat rasis dan ektremis ini jelas menyatakan bahawa portfolio tersebut langsung tidak sesuai untuk dipikulnya, dan sekiranya pemimpin seperti ini masih memegang portfolio ini, maka impaknya terhadap generasi muda dalam negeri jelas ke arah yang lebih negatif.

“Oleh itu, Armada Pulau Pinang menggesa agar Ramasamy untuk meletakkan jawatan selalu exco pendidikan negeri dengan kadar yang segera,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen