malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM cadang wajibkan Adun isytihar harta
Diterbitkan:  Aug 6, 2019 11:52 AM
Dikemaskini: 3:52 AM
ADS

Langkah mewajibkan pengisytiharan harta oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) adalah perlu bagi mengelak perbuatan rasuah berlaku di negeri-negeri, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pengarahnya Latheefa Koya berkata suruhanjaya itu sedang menjelajah ke beberapa negeri bagi mendapatkan maklum balas berkaitan pelaksanaan syor berkenaan, lapor Utusan Malaysia.

“Di setiap negeri ada lombong, pelesenan, tanah pertanian serta alam sekitar (pembalakan) dan ini semua berisiko menjadi lubuk rasuah. Setakat ini kami sudah pergi ke Kelantan, Melaka dan juga Sawarak.

“Kami ada menerima maklum balas, ada menyuarakan kebimbangan kerana bagi mereka isytihar harta boleh mengancam kehidupan peribadi kerana ada kalangan Adun tinggal di kawasan miskin.

“Contohnya, bila isytihar harta banyak, sebelum ini mungkin beri RM1 (sumbangan) tapi apabila selepas isytihar harta, orang beratur panjang (di luar rumah Adun,” Latheefa dilaporkan sebagai berkata.

Perak menjadi negeri pertama mewajibkan semua 59 Adun mengisytiharkan harta mereka dan ahli keluarga terdekat iaitu suami, isteri atau anak dalam akuan berkanun.

Latheefa bagaimanapun berkata SPRM tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan semua Adun mengisyiharkan harta mereka kepada suruhanjaya itu memandangkan mereka ketika ini hanya berbuat demikian untuk pengetahuan speaker.

Lihat Komen