malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Insiden tembakan di Texas dikategori kes keganasan domestik
ADS

GLOBAL | Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengkategorikan insiden tembakan rambang secara besar-besaran di negeri Texas pada Sabtu, yang meragut sekurang-kurangnya 20 nyawa, sebagai satu kes keganasan domestik, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan peguam negara pada Ahad.

"Kami mengkategorikan El Paso sebagai satu kes keganasan domestik," kata John Bash, peguam AS bagi Daerah Barat Texas, di Twitter.

"Oleh itu, kami akan melakukan apa yang kami lakukan kepada pengganas di negara ini -- menegakkan keadilan dengan pantas dan pasti," kata Bash.

Serangan di sempadan bandar El Paso di Texas menyebabkan 20 orang maut dan 26 lagi cedera.

Seorang lelaki kulit putih berusia 21 tahun telah ditahan.

- Bernama

Lihat Komen