malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
ADS

GLOBAL | Seorang penyerang dengan senjata api melepaskan tembakan di daerah pusat bandar Dayton, Ohio, di AS awal hari ini, membunuh sembilan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 16 yang lain.

Kejadian itu merupakan serangan kedua di AS dalam tempoh kurang daripada dua puluh empat jam.

Polis berkata pihak mereka campur tangan untuk menamatkan keganasan, dan berakhir dengan penembak berkenaan mati di lokasi kejadian.

Penolong Ketua Polis Matt Carper berkata kejadian itu bermula pada jam 1 pagi di daerah Oregon Dayton.

Motif di sebalik serangan itu masih tidak jelas dan penyiasat percaya individu berkenaan bertindak bersendirian.

Setakat ini identiti, umur dan jantina penyerang masih tidak didedahkan.

"Kami mempunyai pegawai di kawasan berhampiran ketika serangan bermula dan dapat memberi respons dan segera menghentikannya," kata Jabatan Polis Dayton dalam kenyataan di Twitter.

Seramai 10 orang terbunuh, termasuk penyerang berkenaan.

Enam belas yang lain dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

The Dayton Daily News melaporkan insiden itu berlaku berhampiran sebuah premis yang dipanggil Ned Peppers Bar.

Rakaman video yang dipaparkan di media sosial menunjukkan banyak kenderaan polis dan bomba berada di kawasan itu.

Serangan di Dayton berlaku selepas insiden serangan di sebuah kedai Walmart di El Paso, Texas, pagi Sabtu yang menyebabkan 20 terbunuh dan 26 yang lain cedera.

- Reuters

Lihat Komen