Pengiklanan

    Amirudin belum terima surat Lembaga Disiplin PKR

    (Dikemaskini )

    Pengerusi PKR Selangor Amirudin Shari memaklumkan masih belum menerima surat daripada lembaga disiplin parti.

    "Tak ada, tak sampai lagi. Setakat ini belum lagi," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

    Minggu lepas, Lembaga Disiplin PKR berkata akan menghantar surat kepada Amirudin dan beberapa orang lagi berhubung kenyataan mereka mengenai video yang mengaitkan timbalan presiden parti Mohamed Azmin Ali.

    Selain daripada "mengingatkan" mereka untuk menjaga tutur kata dan tindakan mereka, mereka juga diminta untuk menjelaskan kenyataan kontroversi mereka.

    Bagaimanapun, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa peringatan tersebut bukan surat-tunjuk sebab.

    Sementara itu, Amirudin, yang juga menteri besar Selangor berkata beliau tidak hadir pertemuan wakil rakyat Islam negeri itu di kediaman rasminya malam tadi.

    Beliau berkata mesyuarat itu adalah sesi taklimat daripada Zuraida Kamaruddin dalam kapasiti beliau sebagai menteri kerajaan dan perumahan tempatan.

    Difahamkan bahawa pertemuan tersebut berkaitan dengan inisiatif kemasyarakatan kementerian itu.

    [Baca berita penuh]

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih