malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dewan arah menteri perjelas kes ‘suapan’ jam tangan mewah
Diterbitkan:  Jul 29, 2019 1:38 PM
Dikemaskini: 5:54 AM
ADS

Speaker Dewan Negara SA Vigneswaran mengarahkan menteri undang-undang Liew Vui Keong memberi penjelasan terhadap kes seorang setiausaha politik menteri yang didakwa menerima suapan jam tangan mewah.

Arahan itu dibuat setelah senator BN Ti Lian Ker membawa usul usul merujuk Liew kepada jawatankuasa hak dan pilihan atas dakwaan mengelirukan dewan.

Vigneswaran bagaimanapun berkata, berbeza dengan Dewan Rakyat, Dewan Negara tidak mempunyai peruntukan itu.

“Tetapi kita kena beri ruang kepada menteri utk jelaskan bahawa itu bukan pendirian yang dikeluarkan, seperti yang saya telah baca dalam kenyataan media elektronik.

“Sebab itu saya akan menyeru setiausaha dewan supaya dapatkan penjelasan daripada menteri, kerana menteri tidak hadir hari ini,” katanya.

Ti membangkitkan hansard Dewan Negara pada 25 Julai yang merekodkan Liew sebagai berkata SPRM membebaskan setiausaha politik menteri pertanian selepas dia menjelaskan tentang pembelian seutas jam tangan mewah.

Liew bagaimanapun menafikan ada berkata pegawai itu ada membeli jam.

[Baca berita asal]


Lihat Komen