Pengiklanan

    Telefon, cakap dengan saya, kata Waytha pada Ramasamy

    (Dikemaskini )

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy berkata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy cuma perlu mengambil telefon untuk bercakap dengannya dan bukan lah secara terbuka menuduhnya tidak telus mengenai dana pembiayaan masyarakat India.

    Ini selepas Ramasamy, yang merupakan Adun Perai bagi DAP, mempersoalkan Waythamoorthy mengenai peruntukan RM100 juta kepada masyarakat India yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 lalu.

    Bercakap di luar majlis Orang Asli di Subang Jaya, Waythamoorthy berkata semua dana yang diagihkan melalui Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) telah diterbitkan di laman webnya.

    "Saya fikir kami adalah satu-satunya unit yang sebenarnya memaparkan siapa yang menerima apa dan berapa banyak (dananya) ... Saya tidak fikir kamu akan menemuinya dalam mana-mana kementerian lain. Jadi hendak saya telus macam mana lagi?

    "Dia salah faham. Dia tidak tahu ... Kami berada dalam kerajaan yang sama. Dia sentiasa boleh mengangkat telefon dan bercakap dengan saya," katanya kepada wartawan.

    Terdahulu hari ini, Ramasamy mengkritik Waythamoorthy kerana tidak hadir mesyuarat kaukus masyarakat India Malaysia dalam Pakatan Harapan.

    Ramasamy (gambar, bawah) mendakwa Waythamoothy dijemput untuk mengemukakan maklumat kepada Majlis Wakil Rakyat India PH (Eircph) tetapi gagal melakukannya.

    Beliau juga mendakwa dana tersebut telah disalurkan kepada individu dan organisasi yang "tidak mempunyai kepentingan perbaikan keadaan hidup masyarakat India".

    "Sekarang ini jika Wathyamoorthy fikir bahawa dengan berdiam diri, beliau boleh mengabaikan tuntutan pertanggungjawaban, beliau pastinya salah atau telah menerima nasihat yang tidak betul.

    "Apa yang perlu beliau lakukan adalah untuk mengumumkan bagaimana wang pembayar cukai sebanyak RM100 juta dibelanjakan, untuk tujuan apa dan nama organisasi yang menerima dana itu.

    Waythamoorthy berkata beliau menghadiri mesyuarat kaukus masyarakat India Malaysia dalam PH pada masa lalu dan tidak boleh dihukum hanya kerana tidak hadir satu mesyuarat sahaja.

    Waythamoorthy berkata Mitra masih agak baru berbanding dengan kementerian lain.

    "Kamu tidak boleh membandingkan kami dengan kementerian lain. Kami sedang bekerja sekarang, ia memerlukan masa untuk menyelesaikan masalah.

    "Saya memahami kekecewaan masyarakat, masyarakat India telah dipinggirkan terlalu lama. Dengan perubahan kerajaan, semua orang bimbang dan mahu perkara berlaku dengan serta-merta," katanya.

    Waythamoorthy berkata beliau mahu memastikan dana kerajaan sampa kepada rakyat melalui program sosio ekonomi.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih