malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hadi: PAS-Umno pertahan Dr M jadi PM sampai habis penggal
Diterbitkan:  Jul 27, 2019 12:17 PM
Dikemaskini: 4:19 AM
ADS

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata partinya dan Umno akan bekerjasama untuk mengekalkan Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga tamat tempoh satu penggal mandat PRU14.

Ini meskipun terdapat perjanjian dalam Pakatan Harapan untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri kepada penggantinya Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum habis penggal penuhnya.

Harakahdaily memetik presiden PAS berkata parti Melayu Islam pimpinan Mahathir, Bersatu perlu dipertahankan kerana parti lain yang majmuk kaum dalam PH "tidak berwajah kepimpinan orang Islam."

Selanjutnya, jelas Hadi yang juga MP Marang PH dikuasai oleh orang bukan Islam.

“Tinggal Bersatu 11 kerusi, dan kedudukan yang tidak kuat dalam kerajaan (PH) itu. Kita (PAS) tahu pertembungan itu berlaku, apa Tun (Mahathir) nak buat? Tun memang kehebatan dia itu ada.

“Dia (Mahathir) mempertahankan apa, ini, itu tetapi dia (Bersatu) macam satu parti keseorangan jadi kita perlu (melihat) dengan sebab itu mengambil sikap sama dengan Umno mempertahankan Tun jadi Perdana Menteri sehingga habis penggal.

“Itu pendirian kita (PAS). Sama.. Tun (Mahathir) jadi PM (Perdana Menteri) sehingga habis penggal. Bila nak buat pilihan raya? itu terpulang kepada dia lah, biar dia habis penggal ini,” katanya.

Menurut Abdul Hadi "PAS mengamalkan sikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang tidak ‘ekstrem’.

"Penyatuan orang Melayu Islam Bumiputera ini sangat penting dan dalam masa sama, tak boleh menafikan kaum bukan Islam.

“Sebab itu kita (PAS) mengambil kira parti bukan Islam yang tidak ‘ekstrem’, yang tidak ekstrem seperti MIC, seperti MCA seperti PBS (Parti Bersatu Sabah) yang sikapnya agak terbuka seperti Parti Gagasan Sarawak (PGS) yang tidak ekstrem, itu kita boleh terima.

“Ini sepatutnya acuan yang kita buat untuk Malaysia, yang kita gabungkan, ini perlu diusahakan dan ini yang sangat penting," jelas MP Marang lagi.

Lihat Komen