malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Kenapa Khazanah, PNB dibawa keluar dari Kementerian Kewangan?'
ADS

Di dalam dewan yang dipenuhi ahli politik, tokoh perniagaan dan tetamu luar negara, ahli akademik Edmund Terence Gomez menyuarakan kritikannya terhadap cara kerajaan Pakatan Harapan (PH) menguruskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Berucap di Simposium Ekonomi Malaysia hari ini, beliau berkata sudah sekian lama GLC dan GLIC disalah guna demi kepentingan ahli politik.

Beliau membangkitkan janji PH sebelum PRU ke-14 berkenaan reformasi institusi, yang menurutnya termasuk untuk tidak melantik ahli politik dalam GLC dan GLIC, dan berkenaan jawatan menteri kewangan tidak akan dipegang perdana menteri.

"(Tetapi) oleh kerana perdana menteri tak boleh jadi menteri kewangan, apa yang terjadi ialah institusi penting seperti Khazanah dan PNB (Perbadanan Nasional Berhad) - jelas dua GLIC paling penting di negara ini - dibawa keluar (daripada kementerian kewangan) dan dipindah ke Jabatan Perdana Menteri.

"Mengapa keputusan itu dibuat?" soalnya.

Beliau juga mempersoalkan berkenaan beberapa agensi dan entiti yang sebelum ini di bawah Kementerian Kewangan tetapi dipindah ke satu kementerian baru, iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

"Bukan kita tak cukup kementerian, jadi mengapa wujudkan satu lagi kementerian?

"Bagi saya Kementerian Hal Ehwal Ekonomi ialah Unit Perancang Ekonomi (EPU). Siapa yang putuskan pemindahan ini?" soalnya kepada hadirin.

Selanjutnya, profesor ekonomi Universiti Malaya itu berpendapat campur tangan kerajaan dalam ekonomi melalui pemilikan syarikat-syarikat ini sangat tidak bagus.

Gomez mengkritik kerajaan negeri dan pengurusannya terhadap GLC dan GLIC.

Beliau secara khusus mempersoalkan adakah wajar sekiranya sesetengah syarikat milik negeri cuma bertanggungjawab terhadap ketua menteri atau menteri besarnya sahaja.

Sebagaimana di perangkat persekutuan, ahli politik biasanya terlibat mengendalikan syarikat sebegini.

Syarikat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) di Selangor memiliki kepentingan dalam pelaburan, pendidikan, pengurusan air, pembangunan hartanah dan pelancongan melalui syarikat-syarikat yang dimilikinya.

Di Pulau Pinang, pemilikan yang sama didapati di Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI).

Di Johor, kerajaan negeri memiliki Perbadanan Johor (Jcorp), manakala di Kelantan pula dengan Menteri Besar Diperbadankan.

Ketika menyampaikan pembentangan, Gomez menggesa kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengurangkan bebanan terhadap GLC dan GLIC yang tidak menguntungkan.

"Kami perlu melihat (firma) yang bagus dan kami juga perlu melihat pada (syarikat) yang bermasalah [...] ada syarikat yang (kerajaan) tidak perlu pun.

"CMI dan MBI ini adalah alat politik," jelasnya lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen