malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
‘50 tahun terlalu lama untuk Melayu semai ketakutan ke atas DAP’
Diterbitkan:  Jul 25, 2019 6:02 PM
Dikemaskini: Jul 26, 2019 2:23 PM
ADS

Takut kepada DAP berdasarkan premis bahawa parti majoriti Cina itu adalah ancaman kepada status quo orang Melayu dan Islam sudah lapuk, kata bekas menteri di jabatan perdana menteri, Zaid Ibrahim.

Pemikiran sedemikian, katanya, dapat difahami selepas peristiwa rusuhan kaum 1969 tetapi bukannya lima dekad kemudian.

"Seingat saya, lebih-lebih lagi selepas tahun 1969, orang Melayu telah disemai oleh pemikiran negatif mengenai Cina/DAP.

"Sejurus selepas 1969, itu boleh difahami tetapi 50 tahun kemudian?" soalnya kepada Malaysiakini petang ini.

Menurut Zaid, politik ketakutan dan anti-DAP tidak akan membawa sebarang manfaat kepada kebajikan orang Melayu.

"Islam selamat dan ada yang mendakwa bahawa masa depan Islam bergantung kepada mereka adalah membimbangkan," katanya.

Bagi pengkritik yang mendakwa bahawa DAP adalah ‘tok dalang’ di sebalik Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Zaid menafikan dakwaan itu tetapi secara tidak langsung tidak menolak kemungkinan ada pihak yang menarik tali dari dalam atau luar pentadbiran.

"Bagi mengatakan DAP mengawal Mahathir, itu tidak mungkin.

"Jika ada orang (dari) dalam atau luar kabinet yang mengawal Mahathir, orang itu berkemungkinan besar adalah orang Melayu dan bukan pemimpin DAP," katanya tanpa mengulas lanjut.

Dalam ciapan di Twitter sebelum ini, Zaid menggesa orang Melayu untuk menangkis rasa ketakutan mereka terhadap DAP dan menyertai parti-parti komponen Pakatan Harapan.

"Menyertai DAP akan menjadikan mereka lebih baik.

"Apabila orang Melayu bekerja, berinteraksi dan bersaing dengan orang Cina dan India, nilai tingkah laku, gaya dan pendekatan hidup mereka akan berubah secara beransur-ansur.

"Orang Melayu akan bertambah maju," katanya.

Menjawab soalan lain, Zaid, yang menyertai DAP pada Februari 2017, mengesahkan bahawa beliau masih ahli parti itu.

"Ya tentu saja, walaupun (ahli yang) pasif. Tetapi itu bukan pilihan," katanya ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.

Zaid memberitahu Malaysiakini ciapannya adalah merujuk kepada kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang berkata bahawa pakatan Umno-PAS tidak dapat bekerjasama dengan mereka yang mempunyai hubungan dengan DAP.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen