Pengiklanan

    Tiga Orang Asli Temiar direman 2 hari

    (Dikemaskini )

    Mahkamah Majistret Gerik mengeluarkan perintah reman dua hari bagi tiga penduduk Orang Asli dari suku Temiar yang ditangkap di Kampung Sungai Papan, Gerik semalam.

    Polis menahan Johari Aleuj, Pam Yeek dan Shukri Man selepas mereka cuba menghalang polis, pembalak dan pegawai Jabatan Perhutanan dari merobohkan sekatan (blockade).

    Mewakili tiga individu itu pagi ini adalah peguam G Thiyagu, yang memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai penyiasat M Murugaraju pada mulanya membuat permohonan untuk reman selama empat hari kerana polis belum mengambil keterangan mereka.

    "Selepas mendengar hujah-hujah dari pembelaan, Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh mengarahkan tiga orang Orang Asli untuk direman selama dua hari, mereka akan dibebaskan esok," katanya ketika dihubungi.

    Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 341 Kanun Keseksaan yang menyatakan bahawa mereka yang disabitkan bersalah kerana menyekat orang lain daripada meneruskan apa-apa arahan boleh dikenakan hukuman maksimum satu bulan atau denda RM1,000, atau kedua-duanya.

    Menyifatkan ia sebagai kesalahan kecil, Thiyagu berkata perintah reman yang dikeluarkan sebagai "berlebihan".

    "Bagi saya, di bawah Seksyen 341 untuk memberi reman walaupun dua hari, ia berlebihan.

    "Mereka mempunyai masa yang cukup dari pukul 11 pagi (semalam selepas penangkapan), hanya rekod kenyataan. Saya tidak fikir begitu banyak elemen perlu dibuktikan.

    "Ini bukan pembunuhan, ini bukan perkara dadah. Ini adalah masalah halangan yang mudah, tidak perlu lagi reman mereka, "katanya kepada media.

    Mengulas berkenaan dua Orang Asli yang ketika ditangkap tidak memegang kad pengenalan, peguam itu berkata polis tidak menyebut perkara ini dalam prosiding hari ini.

    Video dari tempat kejadian menunjukkan bahawa Johari, Pam dan Shukri dibawa ke mahkamah dengan tangan mereka digari antara satu sama lain.

     

    Mengulas lanjut, Thiyagu berpendapat bahawa Orang Asli percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk mempertahankan tanah adat mereka.

    "Pegawai penyiasat berkata bahawa syarikat pembalakan mahu menyeberang tetapi dihalang daripada masuk (hutan) di mana mereka mendakwa mereka mempunyai lesen untuk melakukan pembalakan.

    "Orang-orang (Orang Asli) ini menghalang mereka. Tetapi kenapa mereka menghalang mereka? Sebabnya mereka mempertahankan hak tanah adat mereka yang telah menjadi isu sekian lama, "katanya.

    "Jangan jadikan kes ini sebagai preseden (contoh) kerana ramai orang Orang Asli berjuang untuk tanah adat mereka dari pihak berkuasa negeri," katanya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Perhutanan Perak mengeluarkan satu kenyataan semalam menyatakan bahawa sekatan itu terletak 25km dari Kampung Sungai Papan dan terletak di tanah Felda.

    Ia juga mengesahkan bahawa syarikat pembalakan yang terlibat telah diluluskan untuk membalak 80 hektar Hutan Simpan Air Chepam, dan laporan polis terhadap penduduk kampung telah dibuat.

    "Maklumat daripada polis adalah bahawa tiga Orang Asli suku Temiar ditangkap kerana disyaki bahawa mereka adalah dalang sekatan. Pemeriksaan menunjukkan bahawa mereka bukan dari Kampung Sungai Papan tetapi sebenarnya dari Kampung Cunex," kata jabatan itu.

    Bagaimanapun, kenyataan itu dipertikaikan oleh Centre for Orang Asli Concern (COAC).

    "Mereka salah! [...] Kampung Sungai Papan adalah 2.2km jauhnya. Bukan 25km," kata COAC di Facebook.

    Kejadian semalam berlaku meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy merayu agar pihak polis berhenti berpihak kepada penebang dalam pertikaian tanah adat.

    Waythamoorthy berkata demikian selepas tiga lagi Orang Asli suku Temiar, juga dari Kampung Sungai Papan, ditangkap minggu lalu.

    [Baca berita asal]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih