malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Sabotaj air Selangor: Polis akan ambil tindakan paling tegas
ADS

Polis akan mengambil tindakan tegas berdasarkan peruntukan undang-undang paling keras terhadap mana-mana pihak yang mensabotaj bekalan air di Selangor dengan membuang minyak diesel ke dalam sungai.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memaklumkan hal ini berkata pasukan itu mungkin akan menangkap suspek yang berkenaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

"Sabotaj terhadap kemudahan awam penting, (kalau dahulu) boleh dikenakan tindakan tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Kami akan gunakan apa sahaja undang-undang paling serius... (suspek) boleh ditangkap di bawah Sosma dan di dakwa di bawah undang-undang paling serius," katanya.

Pada 12 Julai lalu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) membuat laporan polis mengenai dua kejadian pencemaran terhadap sumber air mentah di Sungai Selangor.

Empat loji rawatan air ditutup pada 19 dan 22 Julai.

Ini mengakibatkan penutupan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 serta Loji Rawatan Air Rantau Panjang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen