malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dr M perlu jadi PM sampai tamat penggal - Ku Li
Diterbitkan:  Jul 20, 2019 8:26 AM
Dikemaskini: 8:26 AM
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu menerajui tampuk kepimpinan negara sehingga tamat penggal, kata Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berpendapat peralihan kuasa yang dibuat secara tergesa-gesa dan terlalu awal boleh memberi kesan buruk kepada negara serta rakyat.

"Kita juga melihat kepada situasi perdana menteri sekarang tidak mungkin melepaskan jawatan itu kepada penggantinya dalam masa terdekat kerana banyak janji yang belum ditunaikan," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di Gua Musang, hari ini.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Tengku Razaleigh berkata kerjasama antara Umno dan PAS ketika ini merupakan satu sejarah baharu kepada politik negara selepas sejak sekian lama kedua-dua parti politik itu bertelingkah kerana ideologi berlainan.

- Bernama

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen (0)