malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
2 lagi ditahan kes video seks - IGP
Diterbitkan:  Jul 20, 2019 12:18 PM
Dikemaskini: 5:40 AM
ADS

Dua lagi individu ditahan berhubung siasatan video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri, maklum Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador, lapor agensi berita nasional.

Bernama melaporkan Abdul Hamid berkata kedua-dua mereka ditahan di Shah Alam semalam.

Katanya, siasatan berhubung kes itu sedang giat dilakukan mengikut dua sudut iaitu kesahihan dan pelaku serta siapa yang membuat dan menyebarkan video berkenaan.

“Kita siasat siapa yang bertanggungjawab dan tidak mahu tersilap dalam mengambil tindakan...difahamkan ada suspek yang akan tamat reman dan kita akan sambung reman untuk siasatan lanjut,” katanya, petik Bernama.

Abdul Hamid ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali ke-21 di Kem Bina Semangat di Kuala Kubu Baru hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata Lima daripada mereka yang ditahan bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz berhubung kes video seks telah dibebaskan.

Beliau berkata kelima-lima mereka yang ditahan pada Ahad lalu, dibebaskan selepas perintah reman mereka berakhir.

"Semua mereka dibebaskan (pada 18 Julai)," katanya, petik The Star Online.

Perintah reman selama enam hari ke atas Haziq, yang merupakan bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, dijangka tamat tempohnya hari ini.

Terdahulu, mahkamah mengurangkan perintah reman selama lima hari mereka kepada empat hari.

Sementara itu, Huzir berkata setiausaha politik Presiden PKR Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador, masih dalam tahanan.

Farhash, yang juga pengerusi PKR Perak, ditangkap bersama dua suspek lain di Pasir Gudang, Johor pada Selasa lalu.

Sebelum ini, ketua polis negara berkata siasatan mendedahkan wujudnya "pakatan jahat" yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik untuk mengaib dan merosakkan reputasi Azmin.

Beliau juga mengesahkan video intim tersebut adalah tulen berdasarkan hasil analisis CyberSecurity tetapi proses pengecaman muka gagal untuk menentukan lelaki yang bersama Haziq melakukan tindakan seksual itu.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen