malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lima dibebas, Haziq dan pembantu Anwar masih dalam tahanan
Diterbitkan:  Jul 19, 2019 5:07 PM
Dikemaskini: 9:09 AM
ADS

Lima daripada mereka yang ditahan bersama Haziq Abdullah Abdul Aziz berhubung kes video seks telah dibebaskan, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed.

Beliau berkata kelima-lima mereka yang ditahan pada Ahad lalu, dibebaskan selepas perintah reman mereka berakhir.

"Semua mereka dibebaskan semalam," katanya, yang dipetik oleh The Star Online.

Perintah reman selama enam hari ke atas Haziq, yang merupakan bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong, dijangka tamat tempohnya esok.

Semalam, mahkamah mengurangkan perintah reman selama lima hari mereka kepada empat hari.

Sementara itu, Huzir berkata pembantu politik Presiden PKR Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador, masih dalam tahanan.

Farhash, yang juga pengerusi PKR Perak, ditangkap bersama dua suspek lain di Pasir Gudang, Johor pada Selasa lalu.

Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata siasatan mendedahkan wujudnya "pakatan jahat" yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik untuk mengaib dan merosakkan reputasi Azmin.

Beliau juga mengesahkan video intim tersebut adalah tulen berdasarkan hasil analisis CyberSecurity tetapi proses pengecaman muka gagal untuk menentukan lelaki yang bersama Haziq melakukan tindakan seksual itu.

Lihat Komen