malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'jaan digesa berhenti jadikan imigran sebagai ATM
Diterbitkan:  Jul 19, 2019 3:02 PM
Dikemaskini: 7:02 AM
ADS

Kerajaan perlu berhenti menjadikan pekerja asing tanpa dokumen sebagai sumber pendapatan tambahan, kata kumpulan hak asasi selepas pengumuman program pengampunan terkini Kementerian Dalam Negeri.

Pengarah Eksekutif Tenaganita Glorene Das menegaskan bahawa kerajaan mempunyai kewajipan untuk membantu para pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen, kerana ramai yangmenjadi korban penipuan berhubung dengan program pengampunan sebelumnya.

"Pekerja telah membayar sejumlah besar yuran kepada kerajaan untuk program pengambilan semula supaya kami (kerajaan) mempunyai kewajipan kepada mereka.

"Kita mesti berhenti menjadikan mereka sebagai ATM," kata Glorene dalam satu kenyataan.

Program Pengampunan 3 + 1, yang berakhir pada 30 Ogos tahun lalu, menyaksikan kerajaan melaporkan kutipan RM400 juta dari 840,000 pendatang tanpa izin yang dihantar pulang.

Tiga syarikat telah diupah untuk menjalankan latihan semula bagi pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen, tetapi Tenaganita menyatakan bahawa langkah itu gagal menangani akar permasalahan.

"Malah, program pengambilan semula, yang bermula pada awal tahun 2016, belum telus kerana ia melibatkan broker dan sub-agen dalam proses regulatariasi, meninggalkan ribuan pekerja asing dengan status tanpa dokumen dan sehingga hari ini, mereka tidak menyedari status sebenar mereka," katanya.

 

Glorene juga menyorot bahawa pendatang asing telah membayar ribuan ringgit tetapi ditipu oleh ejen.

Ketika mengumumkan Program Amnesty Back For Good semalam, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak mempunyai tanggungjawab untuk membantu pekerja yang enggan pulang ke negara asal kerana pertikaian dengan majikan mereka.

Bagaimanapun, Das berpendapat bahawa kerajaan mesti mewujudkan dasar komprehensif kebangsaan untuk penghijrahan buruh, dan mengambil kira tahun pandangan yang diberikan oleh Tenaganita dan pihak berkepentingan lain.

Program pengampunan terbaru bagi pendatang tanpa izin bermula pada bulan Ogos dan berlangsung hingga tengah malam 31 Disember.

Pekerja asing yang layak dikehendaki menyerahkan diri ke 80 kaunter imigresen di seluruh Semenanjung Malaysia, bersama-sama dengan dokumen perjalanan sah dan tiket sehala untuk kembali ke negara asal mereka dalam masa tujuh hari.

Kompaun yang berkurangan sebanyak RM700 setiap satu akan dikenakan ke atas semua pendatang yang menerima terma program terkini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen