malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Tiada siapa yang kebal dari undang-undang, kata Johari
ADS

Majlis Pengerusi Pimpinan Negeri PKR hari ini memberi jaminan mereka tidak akan masuk campur dengan siasatan polis berhubung skandal video seks yang setakat ini menyaksikan penahanan lapan individu termasuk pengerusi pimpinan Perak, Farhash Wafa Salvador.

Menurut koordinator majlis itu, Johari Abdul, beliau menyerahkan isu tersebut kepada pihak polis dan meletak pendirian bahawa tiada siapa yang kebal daripada undang-undang.

"Polis ada undang-undang juga. Kalau nak tahan buat siasatan, itu kuasa polis. Kita ada undang-undang dan peraturan.

"Tiada siapa yang kebal daripada undang-undang," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung pandangannya mengenai salah seorang pengerusi MPN ditahan berhubung video yang dikatakan melibatkan bekas ketua Pemuda PKR (AMK) Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali.

Setakat ini, polis telah menahan lapan individu berhubung dengan sisatan video itu, termasuk Haziq dan pembantu politik Presiden PKR Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador.

Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, siasatan mereka juga mendedahkan wujud "pakatan jahat" yang didalangi oleh pemimpin sebuah parti politik.

Ia, katanya, bertujuan mengaib dan menjatuhkan individu tertentu, di mana ia dihasilkan oleh pihak yang diupah dengan ratusan ribu ringgit.

Lihat Komen