malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
K'jaan akan pinda akta untuk beri kebebasan ketua audit
ADS

Kerajaan akan meminda Akta Audit 1957 bagi membolehkan kuasa Ketua Audit Negara bebas dalam melaksanakan tugasan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Mahathir berkata pindaan itu bagi mengelakkan campur tangan seperti yang berlaku dalam pentadbiran terdahulu.

"Ketua Audit Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Secara tegas untuk saya katakan, ia hanya berada di bawah JPM.

"Ia tak bermakna yang perdana menteri ada hak terhadap AG (Ketua audit negara). Apa yang berlaku sebelum ini adalah perdana menteri mengarahkan AG untuk mengaudit itu dan ini. Ia salah.

"AG mesti bebas untuk bertindak apa yang dia mereka fikirkan," katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas mengenai anti rasuah di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya semalam.

Dalam mesyuarat tersebut, Mahathir berkata, kerajaan secara prinsip telah bersetuju dengan beberapa syor bagi mengukuhkan kebebasan Jabatan Audit Negara yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara.

Antaranya pindaan Akta Audit 1957 bagi membolehkan kuasa Ketua Audit Negara dalam melaksanakan tindakan.

Turut hadir merupakan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Abu Kassim Mohamed.

Lihat Komen