malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MP S'wak bersama Anwar selepas tandatangani kenyataan pro-Azmin
Diterbitkan:  Jul 18, 2019 5:42 PM
Dikemaskini: 9:42 AM
ADS

Ahli Parlimen Saratok Ali Biju dan Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin tampil bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim semasa sidang akhbar bersama hari ini, walaupun kedua-dua mereka sebelum ini menandatangani kenyataan bersama yang membidas presiden parti.

Pada sidang akhbar itu, Anwar diapit oleh Ali di sebelah kanannya manakala Willie di sebelah kiri.

Menurut Anwar, kandungan kenyataan bersama itu tidak mencabar kredibiliti beliau sebagai presiden parti dan Ali, yang juga adalah naib presiden parti, bersetuju.

"Ia adalah satu tanda, gesaan untuk menyatukan parti itu. Itu isunya ketika ini, " kata Ali, ketika ditanya mengapa beliau menandatangani kenyataan bersama itu.

Kedua-dua Ali dan Willie adalah antara pemimpin kanan PKR Sarawak.

Mereka adalah antara 22 ahli parlimen PKR yang menandatangani kenyataan bersama yang mendesak Anwar supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menim,bulkan geseran dalam parti itu.

Ini adalah susulan komen Anwar semalam, yang mencadangkan supaya timbalannya Azmin Ali harus berundur dari politik jika penglibatannya dalam skandal seks itu terbukti benar.

Semua 22 ahli parlimen PKR itu menggesa Anwar untuk tegas menentang "politik murahan" yang digunakan untuk menentang Azmin.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen