malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ramkarpal ganti Nurul ketuai JK parlimen mengenai RUU
Diterbitkan:  Jul 18, 2019 4:13 PM
Dikemaskini: 8:13 AM
ADS

PARLIMEN | MP Bukit Gelugir Ramkarpal Singh dilantik mengetuai Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang di parlimen menggantikan Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar.

Ini berdasarkan laporan khas mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ramkarpal dilantik ke dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU ketika ia dibentuk pada Diseber tahun lalu bersama lima lagi jawatankuasa pilihan khas yang melibatkan semua parti politik.

Kerusi Ramkarpal akan diisi Larry Sng (PH-Julau).

Laporan yang sama juga memaklumkan Akmal Nasir (PH-Johor Bahru) akan menggantikan William Leong (PH-Selayang) ke dalam

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Leong meletak jawatan daripada PAC kerana beliau juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam.

Pembangkang juga menamakan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) untuk menjadi anggota PAC dengan mengisi kekosongan kerusi selepas Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) dilantik menjadi pengerusi jawatankuasa itu.

Noriaini dipilih mengetuai PAC selepas bekas pengerusinya Ronald Kiandee menyertai Bersatu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen