malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Inkues Adib: Keputusan koroner minggu depan
ADS

INKUES ADIB | Mahkamah Koroner akan membuat keputusan pada 24 Julai sama ada untuk membuat kesimpulan atau memanggil saksi baru dalam inkues yang diadakan bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perintah itu dikeluarkan oleh koroner Rofiah Mohammad hari ini selepas prosiding inkues mendengar keterangan daripada saksi ke-30, Amir Radzi Abd Ghani yang merupakan seorang pakar fizik dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara.

Sebelum itu, Amir mengulangi bahawa berat van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan Muhammad Adib sepatutnya dikecualikan daripada analisis Dr Ahmad Hafizam, sambil menunjukkan pengiraan kepada mahkamah bagi menentukan daya impak.

Ini berikutan prosiding semalam di mana Amir tidak bersetuju dengan teori Hafizam bahawa tulang rusuk patah yang dialami Adib disebabkan dia dilanggar oleh van EMRS semasa rusuhan berlaku.

Hafizam, saksi ke-24 memberi keterangan pada 17 Mei bahawa beliau berulangkali menegaskan bahawa beliau bukan ahli fizik dan memohon mahkamah merujuk kepada pakar dalam bidang ini untuk sebarang pengesahan mengenai penentuan daya impak.

Ketika ditanya oleh peguam Adib dan pegawai pengendali untuk membayangkan keadaan tertentu mengenai kejadian itu dan pandangan beliau, Amir dilihat berulang kali enggan berbuat demikian kerana memerlukan butiran terpeinci untuk pengiraan dan menjelaskan bahawa beberapa soalan memerlukan jawapan yang diluar kepakaran beliau.

Sementara itu, pegawai pengendali, Faten Hadni Khairuddin berkata sekiranya mahkamah memutuskan untuk mendapatkan pandangan ahli patologi ketiga untuk mengkaji pendapat yang diberikan oleh kedua-dua ahli patologi sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan ia dirujuk kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

"Kami akan mengesyorkan untuk mendapatkan pendapat daripada MMC. Ia kemudian akan mengadakan jawatankuasa terdiri daripada sekumpulan pakar patologi dan mencadangkan individu terbaik untuk menjadi saksi ketiga," katanya kepada media selepas prosiding hari ini.

Sebelum ini, Dr Shahrom Abd Wahid yang menjalankan eksperimen dalam kejadian itu menolak analisis Hafizam dan menegaskan bahawa kecederaan dada Adib mungkin dialami disebabkan tendangan daripada pintu van EMRS.


Baca: Metadologi eksperimen pakar HKL salah - Saksi


Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis 2018 selepas mengalami kecederaan pada malam rusuhan di hadapan sebuah kuil di USJ. 

Inkues diadakan selepas terdapat dua versi bercanggah mengenai sebab kematiannya.

Satu versi mendakwa allahyarham dilanggar oleh kenderaan manakala satu lagi versi mengatakan beliau dipukul oleh perusuh. 

Keluarga Adib diwakili oleh Syazlin Mansor, Suzana Atan, Mazlifah Ayib, Fadzilatul Isma Ahmad Rafngah dan Afiq Zainal Abidin. 

Lihat Komen