malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Jho Low bawa masuk bekas pengarah AmBank ke rumah Najib
Diterbitkan:  Jul 17, 2019 5:04 PM
Dikemaskini: 9:04 AM
ADS

KES NAJIB l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa Jho Low membawa masuk dan mengiringi bekas pengarah urusan kumpulan AmBank Cheah Tek Kuang ke rumah Najib Razak pada Januari 2011.

Membaca pernyataan saksi, Cheah, 72, berkata beliau dibawa ke kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

"Apabila tiba di kediaman Najib, saya berjumpa dengan Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low, yang pernah saya temui.

"Saya kemudian dibawa masuk ke kediaman oleh Jho Low yang kemudian memperkenalkan saya kepada Najib dan Jho Low juga memberitahunya bahawa saya adalah dari AmBank.

"Saya dan Najib kemudian ke bilik tamu manakala saya lihat Jho Low menunggu di bahagian lain rumah itu," kata Cheah.

Sepanjang pertemuan selama 20 minit itu, Cheah berkata beliau menjelaskan peraturan bank kepada Najib dan Bank Negara mesti dimaklumkan tentang pembukaan akaun oleh ahli politik.

Cheah memberi keterangan bahawa apabila dia berjumpa dengan Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz beberapa hari kemudian, Zeti tidak membantah tentang pembukaan akaun bank berkenaan.

Kedua-dua akaun bank itu adalah akaun simpanan dengan nombor akaun yang berakhir dengan 481 dan akaun semasa dengan nombor akaun yang berakhir dengan 694.

Kedua-dua kad kredit yang dibekalkan pula adalah Visa Platinum dengan nombor 4585 8180 0000 5496 dan Master Card Platinum dengan nombor 5289 4380 0003 8961.

Cheah menjelaskan bahawa nama kod "AmPrivate Banking-MR" digunakan untuk akaun semasa atas permintaan Jho Low kepada Joanna Yu.

Yu adalah pengurus perhubungan pelanggan di AmBank yang memaklumkan Cheah mengenai hasrat Najib untuk membuka akaun simpanan dan semasa.

"Saya dimaklumkan oleh Yu bahawa alasan untuk nama kod adalah berdasarkan permintaan oleh Jho Low yang mahu akaun itu ditangani dengan penuh kerahsiaan.

"Saya tidak pasti siapa yang memutuskan nama kod digunakan untuk akaun ini.

"Saya hanya tahu bahawa terdapat perbincangan menggunakan nama kod untuk perlindungan maklumat dan untuk menjaga sensitiviti.

"Saya kemudian memaklumkan kepada Gabenor Bank Negara Malaysia perkara ini," katanya.

Cheah memberi keterangan bahawa terdapat “banyak” transaksi melibatkan akaun Najib tetapi beliau tidak lagi dimaklumkan tentang akaun-akaun itu selepas bersara dari AmBank pada bulan April 2012.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen