malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Arahan pindah RM42j dari pegawai Najib - Bekas kakitangan Jho Low
ADS

KES NAJIB | Saksi dalam perbicaraan kes SRC International hari ini bertegas dia diarahkan membuat pemindahan berjumlah RM42 juta ke dalam akaun bekas perdana menteri Najib Razak oleh bekas pembantunya, Azlin Alias yang telah meninggal dunia.

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M), Ung Su Ling, berulang kali menolak cadangan pembelaan bahawa arahan pemindahan pada 2014 dan 2015 kepadanya datang daripada ahli perniagaan yang kini dalam buruan Low Taek Jho.

Ung memberi keterangan semalam bahawa antara 2004 dan 2006, dia bekerja di Wynton Private Equity Group, sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki oleh Low.

Peguam bela Harvinderjit Singh menghabiskan kira-kira tiga jam pada pendengaran hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk meneliti teks mesej perbualan Ung dengan pengurus hubungan AmBank Joanna Yu dan beberapa orang lagi.

Harvinderjit cuba berhujah supaya saksi bersetuju bahawa dia menerima arahan daripada Low melalui individu lain dikaitkan dengan SRC International, termasuk bekas CEO Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas pengarah kewangan 1MDB, Terrence Geh.

Merujuk perbualan antara Ung dan Yu pada 9 Februari 2015, peguam itu bertanya sekiranya Geh mengarahkan pemindahan RM10 juta ke dalam akaun AmBank dengan nombor akhir angka 880.

Harvinderjit: Arahan datang daripada Geh?

Ung: Tidak, daripada Azlin.

Harvinderjit: Geh seorang yang sering menerima arahan daripada Low.

Ung: Geh bekerja dengan 1MDB, dan Low mungkin salah seorang daripada mereka.

Harvinderjit: Kamu tahu Geh dan Nik Faisal bekerja dengan Low. Saya cadangkan kamu menerima arahan daripada Low.

Ung: Tidak, tidak, tidak.

Dalam kenyataan saksi yang dibacakan Ung di mahkamah semalam, dia menamakan Azlin sebagai individu yang mengarahkannya untuk meminta Ihsan Perdana Sdn Bhd memindahkan sejumlah RM42 juta ke dalam dua akaun AmBank milik Najib.

Harvinderjit juga mencadangkan pada hari ini bahawa Ung hanya melibatkan Azlin kerana dia cuba mengelak daripada mendedahkan perkaitan dirinya kepada Low - berkata memang mudah untuk menyalahkan orang yang telah meninggal dunia.

Harvinderjit: Saranan saya kepada kamu - kamu tidak pernah menerima arahan daripada Azlin, dan apa yang anda memberitahu mahkamah adalah pembohongan?

Ung: Tidak setuju.

Harvinderjit: Selain daripada mesej WhatsApp, kamu tidak mempunyai bukti perbualan lain dengan Azlin?

Ung: Ya, betul.

Harvinderjit: Dan, mesej tersebut telah dipadamkan.

Ung: Saya memadam semua mesej apabila beliau meninggal dunia.

Harvinderjit: Sebab lainnya (kerana) kamu tidak mahu mendedahkan hubungan kamu dengan Low, kerana kamu tidak mahu terlibat dalam hal tersebut dengan pengetahuan kamu.

Ung: Tidak setuju.

Harvinderjit: Kamu telah diberitahu untuk menggunakan namanya (Azlin) kerana dia dekat dengan anak guam saya.

Ung: Low dan anak guam kamu (Najib Razak) juga saling mengenali bukan?

[Baca berita penuh]

Lihat Komen