malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Speaker larang guna istilah 'perompak' di Dewan Rakyat
ADS

PARLIMEN | Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof hari ini membuat keputusan melarang penggunaan beberapa perkataan yang dianggap kurang sopan, termasuk "perompak" yang sering digunakan berkaitan skandal 1MDB.

Larangan itu dibuat selepas ahli parlimen pembangkang menggesanya memutuskan jika perkataan “dirompak” yang digunakan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung pembayaran balik GST adalah mengikut kelaziman (decorum) di Dewan Rakyat.

“Saya tak pernah sebut bahawa perkataan perompak itu dibenarkan. Malah banyak perkataan yang digunakan di dewan ni seharusnya tidak boleh digunakan.

(Ini termasuk) perkataan ‘p****k’ tadi, ‘podah’, mengajak orang keluar untuk berbalah, bertumbuk, semuanya menyalahi peraturan mesyuarat. Jadi baik nak petua daripada saya, ruling, boleh saya buat sekarang.

“Perkataan podah tidak boleh digunakan, perkataan p****k tidak boleh digunakan, perompak tidak boleh digunakan, komunis pun tidak boleh digunakan. Senarainya amat panjang," katanya.

Sebelum itu Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) menggesa keputusan dibuat sama ada tindakan Lim menggunakan perkataan 'dirompak' dalam sidang Dewan Rakyat Ogos lalu sesuai.

Shahidan Kassim (BN-Arau) kemudian berdiri dan berkata: "Jika Bagan tidak mahu tarik balik perkataan perompak, saya tak akan tarik balik perkataan komunis terhadap DAP."

Pertelingkahan kemudian tercetus, dengan Ismail menggelar Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) sebagai "p****k" dan Willie membalasnya dengan "podah".

Lim dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ada di dewan ketika pertelingkahan itu yang berlangsung kira-kira sejam.

Sebelum ini Mahathir menggunakan perkataan 'perompak' untuk merujuk bekas perdana menteri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.

Lihat Komen