malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Peguam Wan Ji: Hati-hati buat kenyataan
Diterbitkan:  Jul 12, 2019 1:24 PM
Dikemaskini: 5:34 AM
ADS

Peguam kepada Wan Ji Wan Hussin mengingatkan semua pihak agar berhati-hati ketika memberikan sebarang kenyataan atau ulasan mengenai kes hasutan membabitkan pendakwah kontroversi itu.

Mohd Radzlan Jalaluddin berkata, walaupun dalam Era Malaysia Baru, pelbagai pihak perlu memastikan sebarang kenyataan di bawah bidang kuasa masing-masing.

"Penghargaan untuk rakan luar, rakan-rakan politik, aktivis yang sangat prihatin dengan apa terjadi pada Wan Ji dua tiga hari lepas

"Cuma kami harap semua komen atau pandangan perlu berhati-hati. Era Malaysia Baru kalau boleh biar apa kita buat dalam lingkungan undang-undang dan bidang kuasa masing-masing. 

"Kita harus hormat bidang kuasa dan juga separation of power (pengasingan kuasa)," kata Radzlan kepada media di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Menurut Radzlan terdapat banyak pihak mempertikaikan kenapa kerajaan hari ini masih belum memansuhkan Akta Hasutan.

"Kami percaya komitmen kerajaan untuk tiada dakwaan lagi individu di bawah Akta Hasutan. Cuma kita kena beri ruang kepada kerajaan teliti undang-undang baru untuk replace Akta Hasutan seperti diumumkan PM semalam," katanya.

Radzlan berkata demikian selepas mahkamah membenarkan permohonan Wan Ji menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara satu tahun terhadapnya kerana kesalahan hasutan, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Peguam itu meminta orang ramai memberi ruang kepada kerajaan untuk menggubal sesuatu undang-undang tanpa langkah tergesa-gesa.

"Kami sebagai peguam tahu ia tidak mudah untuk menggubal undang-undang. Dalam setiap seksyen akta, perkataan sahaja boleh bawa maksud lain

"Kena beri ruang kerajaan enact law tanpa tergesa-gesa," katanya.

Mengenai tindakan pihak pendakwaan tidak menarik balik rayuan Mahkamah Tinggi, Radzlan enggan mengulas lanjut kecuali mengatakan ia di bawah budi bicara pendakwaan.

Beliau berkata apa yang penting sekarang adalah rayuan anak guamnya terhadap tempoh satu tahun penjara dan kesalahan hasutan.

Lihat Komen