malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
MP: Polis tergesa-gesa tangkap exco dituduh rogol
Diterbitkan:  Jul 10, 2019 4:58 PM
Dikemaskini: 8:58 AM
ADS

Anggota parlimen DAP menegur tindakan polis menangkap exco Perak, Paul Yong yang didakwa merogol pembantu rumah warga negara Indonesia tanpa menyelasaikan penyiasatannya terlebih dahulu.

"Polis mesti mematuhi prinsip utama undang-undang (yang) mengandaikan (seseorang itu) tidak bersalah (sebelum dibuktikan di mahkamah)," kata Lim Lip Eng kepada Malaysiakini petang ini.

MP Kepong menegaskan Yong tiada risiko penerbangan atau berkemungkinan untuk memusnahkan bukti berkaitan tuduhan jenayah yang dikatakan, mahu pun menjadi ancaman kepada pengadu.

"Apa yang boleh dilakukan pihak polis terhadapnya kerana melakukan penangkapan yang salah jika dia akhirnya tidak dituduh di mahkamah?

"Polis perlu berhenti menangkap orang secara tergesa-gesa dan apatah lagi cuma berdasarkan laporan yang dibuat semata-mata. 

"Penangkapan cuma boleh dibuat selepas bukti yang pasti menunjukkan seseorang itu bersalah telah ditemukan oleh polis," kata Lim yang juga seorang peguam.

Yong, 49 ditangkap pihak berkuasa semalam selepas pergi ke balai polis dan telah dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Terdahulu, Adun Tronoh (gambar) menafikan merogol bekas pembantu rumahnya, berkata "terkejut dan keliru" dengan tuduhan berkenaan.

"Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya atas tuduhan yang tidak berasas tersebut.

"Saya ingin menekankan bahawa saya langsung tidak pernah merogolnya, mencabul kehormatannya atau melakukan apa-apa gangguan terhadap dia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Adun DAP itu berkata beliau telah memberi kerjasama penuh kepada polis dan membawa saksi untuk membantu siasatan untuk menunjukkan dakwaan tersebut adalah fitnah.

Ketua Polis Perak Rozarudin Husain berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada pengadu warga Indonesia berusia 23 tahun, yang mendakwa kejadian berlaku di rumah Yong di Meru, Ipoh.

Dia juga telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan kini diletakkan di tempat yang selamat sementara siasatan berjalan, kata Rozarudin.

Kes disiasat menigkut Seksyen 376 Kanun Kesalahan atas kesalahan rogol.

Susulan dakwaan itu, majlis angkat sumpah exco kerajaan Perak yang dijadual Khamis ditangguh ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen