BERITA

Ada nama dalam kepala Najib bantu tugas penasihat BN

Anne Muhammad

9 Jul 2019, 3:52 petang

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Najib Razak yang baru dilantik sebagai pengerusi Lembaga Penasihat BN memaklumkan bahawa beliau sudah mempunyai beberapa nama terlintas yang difikirkan dapat membantunya menjalankan tugas tersebut.

“Saya akan kerja sedaya upaya, saya akan bincang pengerusi BN, MCA, MIC pelantikan beberapa anggota lembaga untuk bantu saya jalankan tugas.

“(Saya perlu) sekurang-kurangnya tiga orang. Nama ada dalam kepala tapi belum rujuk orang berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas perlantikan berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengumumkan pelantikan Najib berkata berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh pemimpin parti yang hadir.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu diadakan di Pusat Di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Najib berkata beliau menggangap pelantikan itu sebagai tanggungjawab besar dalam memulihkan dan memperkasakan BN berdasarkan piagam gabungan parti pembangkang itu.

“Selain itu juga beberapa keputusan strategi yang kita buat malam ini adalah tentang bagaimana BN boleh menampilkan imej kepelbagaian kaum, budaya dan agama supaya akan memperlihatkan BN melambangkan kecerminan masyarakat majmuk di Malaysia.

"Tetapi tetap berpandu perlembagaan (parti) kita,” katanya.

Anggota Parlimen Pekan itu juga mahu memberikan tumpuan menarik sokongan anak muda dan akar umbi dengan melakukan program mengikut platfom BN.

Najib mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden Umno dan pengerusi BN Pada 12 Mei tahun lalu susulan kekalahan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman tersebut dibuat kurang dari 10 hari selepas Ahmad Zahid menamatkan cutinya sebagai presiden Umno.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Laporan Berkaitan